Tuesday, 10 November 2020

Jiwa yang Mencuba


Kepada Jiwa-jiwa yg sedang mecuba,

Banyak yg telah kita lalui. Sampai suatu masa. Akan ada suatu rasa yg membuat kita penat seakan mahu berputus asa.

Ya, penat.

Penat utk mencapai matlamat. Penat dalam memenuhi kalimat. Penat hingga merasa ralat. 

Sejauh apa pon kita, berehat lah andai sudah merasakan tidak kuat. Agar parah diri tidak bertambah melarat. 

Benar dunia bukan tempat utk beristirahat. Tetapi berehat bukan bermakna tamat. Tidak menjadi sebuah kesalahan untuk bersedih. Menangis lah melepaskan beban mu. Berhenti lah sebentar agar fikiran tidak bertambah liar. Ambil nafas mu secukupnya, puaskan kewajipan mu semahunya dan tetapkan kembali jiwa mu yg baru dengan mengikut ketetapanNya.

Kemudian berjalan lah kembali menikmati hari demi hari. Hidup ini terlalu rugi utk berasa sepi. Tegak lah kembali mencari identiti diri. Usah dikejar apa kemahuan jiwa yg lain. Apa mahu mu, itulah tuju mu. Andai Lihat dunia dgn iri, diri mu akan selamanya rugi. Lihat dunia dgn kaca mata yg lebih luas, menyelami sedalam lautan hindi, secerah matahari, seluas fantasi. Lalu kau akan temui apa yg selama ini yg kau tercari-cari.

Tiada lah salahnya utk berduka, namun jgn smpai merana jiwa. Berpada-pada dalam melayan rasa. Andai kamu mencari sempurna, cari lah pada sederhana. Kerana sederhana itulah sempurnanya jiwa.

Beban ujian kita mungkin berbeza, namun terletak pada berat yg sama. Percayalah pada adil nya yg maha Esa.


Dalam mencari ada yg rugi,

Dalam berharap ada yg meratap,

Dalam gembira ada yg berduka,

Dalam menjadi hamba, ada Pencipta yg tahu segalanya.


Hidup ini bukan hanya tentang mengejar hasil, tetapi nikmatilah sepanjang proses memperoleh hasil.

Besarkan jiwa. Semoga terus kuat ya.


- Renotak -

Friday, 30 October 2020

Tiada Lagi Kita


Tidak mudah untuk aku menolak permintaan mu. Kata-kata yg dahulu berbisa, telah meracun diri hingga tiada lagi kata KITA. Lalu mematikan rasa. Bukanlah tindakan Aku itu utk mempertahankan ego ku. Tetapi hanya utk mempertahankan hati. Tidak lagi rela utk dilukai.


Hati yg telah kuat diasak, telah dalam ditoreh dengan kata kepergian, kini memerlukan waktu untuk mencari aku yg dahulu. Iya Aku dahulu yg sering memperjuangkan, mendengarkan dan meneduhkan mu dgn harapan.


Aku sedar tidak ada yg segera utk menjelma apa semahunya. Semua pasti memerlukan proses, memerlukan masa. Begitu juga dengan luka ini. Aku hanya ingin menyendiri untuk mencari diri yang kini tidak lagi menjadi diri. 


Kita sama-sama terluka. Tiada yg menyangka pengakhiran kita sebegini rupa. Sama-sama kita mengharungi hari esok. Tetapi tidak lagi di jalan yg sama. Semoga kita bertemu dengan diri kita yg dahulu atau yang baharu. 


Kata orang, “lihatlah dunia dgn lebih luas dan masuk kedalamnya, disana masih banyak kebahagiaan dan ketenteraman yg tersimpan.” 


Maaf ya. Lekas sembuh. 

Aku mahu memperbaiki kesilapan


Kesilapan aku hanya lah satu,


Cara Aku berpegang dengan harapan seolah Aku menduakan tuhan.

Thursday, 4 June 2020

Mencari Kita


Alam masih menjalankan tugasnya. Siang dan malam masih berganti, air sungai masih juga mengalir mengikut tempo muka bumi. Namun, setelah sekian lama bumi dan kita berputar, masih juga kita terjatuh dalam hal yg sama. Hal kepercayaan dan curiga.

Aku tahu.. mampu ku hanya mengucapkan kata. Hanya mengukir senyum dibibirmu dengan gurau senda dan janji. Sukar utk diri ini berjalan di atas kata sendiri. Pernah juga dgn kata aku menyakitkan jiwa.

Aku itu orangnya takut.. Ketakutan yg sentiasa menghambat jiwa. Yang paling aku takut adalah takut akan perkara yg belum terjadi.

Keberanian ku hanyalah menikmati indah senja mu dibalik jendela. Belum mampu 'berjalan menuju ke arahnya', kekal di tempat yg sama.
Kerana aku tau senja itu tidak layak utk aku 'si pendiam' ini.

Keindahan itu pasti lelah menungguku. Dari terbitnya fajar hingga tenggelamnya senja masih lagi aku jauh darinya. Tidak mampu mengejar bahkan mendekati.

Sejauh ini kita tanpa kata. Kau yg dulunya bercahaya kini sudah tidak lagi menerangkan. Dulunya berwarna kini telah pudar dimakan waktu.

Buku yg kita karang sudah terlalu tebal. Menurutku semua halamannya sudah penuh dengan warna. Tapi mungkin dimatamu semua halamannya sudah kosong. Tanpa makna.

Kita tanpa kata sudah cukup memedihkan. Bagaimana seandainya tiada lagi kata 'kita' ? Aku akan kembali melarat mencari jiwa.

Satu hal yg kamu perlu tahu, dikala sunyi bukan bererti aku berhenti berjuang, dikala kelam tidak bermakna aku berhenti menyusun tapak. Aku masih lagi aku yg mengejar kata 'kita'.

Akhir kata, semoga kita dapat mencari kembali dimana letaknya 'kita'.

- Renotak -

Sunday, 10 May 2020

Sayap yang Bertahan


Kepada, Kita.

Kita pasti pernah dipelawa seseorang utk terbang mencapai impian bersama.
Disusun impian tinggi di puncak sana, satu persatu. Segalanya kelihatan sempurna, tiada celanya.

Sehingga kita lupa, bahawa jatuh itu sebuah kepastian.

Terkadang kita tahu sejauh ini kita terbang, hakikatnya kita hanya begitu sedang dimainkan semesta. Tapi masih juga kita mahu bermain.

Dunia memang begitu, isinya dipenuhi manusia yg terlalu berlebihan dalam 'gurauan'.

Seperti bergurau hati ke hati namun kurang berhati-hati. Tolong jangan terlalu manis. Berlebihan dalam kemanisan boleh membawa mudarat hati. Hadir mu itu sudah cukup. Kadang manusia itu tidak terlalu manis, tetapi hati sendiri yg terlalu jauh berharap.

Tolong juga jangan membawa aku terbang terlalu tinggi, kerana risau aku jatuh sendirian. Jgn biarkan sayapku patah, kerana sakitnya sehari belum tentu setahun boleh menyembuhkan.

Manusia itu terlalu mudah dan sukar.
Mudah menyentuh tetapi sukar utk mengambil.
Mudah menatap kita, tetapi sukar menetap bersama.
Mudah menimbulkan rasa, tetapi sukar mengekalkan jiwa.
Mudah mencari teduhan, tetapi sukar memberi penghargaan.

Kita tidak tahu sejauh mana lagi mampu sayap ini bertahan. Telah banyak luka yg tertanam dek kerana angin impian yg terlalu kencang. Kita itu adalah kau dan aku. Kita harus bersedia utk jatuh dan terluka.

Ini kerana, seandainya kita meletakkan harapan kepada makhluk tetapi tidak bersedia utk disakiti, itu namanya bunuh diri.

Justeru itu, untuk kekal terbang dan bertahan. Harus ada redha tuhan utk menguatkan. Jgn sesekali meletakkan harapan itu melebihi pergantungan kita kepada tuhan.

Jika hampir patah dan mengalah, semaklah semula diri kita. Hujan berpohon, panas berasal.

-Renotak-

Friday, 1 May 2020

Mengenal Diri


Kata imam al-ghazali, “kunci kebahagiaan adalah kenali diri mu”.

Sejauh mana kita mengenal diri kita ? Ramai orang yg mahu mengenal jiwa yg lain tapi terlupa mendalami jiwanya sendiri. Kalau kamu sendiri tidak faham siapa dirimu ? Apa kemahuan dlm hidup mu ?, mustahil utk kamu mendapatkan bahagia.

Selera dirinya adalah menerokai laut, tetapi kerana ingin terlihat masyhur oleh orang lain dikatakan dia meminati langit. Akhirnya dia tidak menemukan kebahagiaan disitu. Bukan sekadar tidak mengenal diri, bahkan lebih parah apabila menipu diri sendiri. Kemahuan manusia itu tidak sama kerana setiap manusia itu berbeza jiwanya. Jgn meletakkan bahagia diri mu itu pada kebahagian orang lain. Tanya pada diri, “apakah erti kebahagiaan dalam hidup aku ini ?”

Usah mengikuti langkah orang lain utk memperoleh bahagia seperti org itu kerana bahagia manusia itu berbeza. Apa yg dimahukan tanah, tidak sama dengan apa yg dimahukan langit. Ya nafas kita mungkin sama, tapi saat dihembus nafas itu berbeza. 

Kebahagiaan itu pilihan. Mengenal diri sendiri itu juga pilihan. Namun terlalu rugi jika sepanjang hayat mu kamu tidak mengenali diri mu, kamu menipu diri mu sendiri tambahan pula kamu meletakkan jiwa yg lain ke dalam diri mu. Jangan hidup di dalam cita-cita dan bahagia orang lain. 

Mengenali diri anda adalah permulaan segala kebijaksanaan” - Aristotle.

Berkenalan lah dgn diri mu. Bersihkan diri mu sebersih-bersihnya, hilangkan debu-debu orang lain dalam diri mu. Pasti akan ketemu apa yg dicari selama ini.

- Renotak -

Friday, 24 April 2020

Dunia yang Berehat

Corona.
Datang kau.. tidak diundang,
Penangan kau juga bukan kepalang.
Kami lena dalam celik, dalam diam kau merangka usaha.
Diri kau itu yg tiada kelihatan oleh sepasang mata, disangka tidak mungkin membawa petaka.
Sukar dipercaya, bahawa tubuh kecil kau itu berhasil menggegarkan dunia.

Matahari tetap terbit seperti biasa, muncul di timur.. hilang di barat.
Tapi dgn hadirnya kau ke dunia ini, menjadikan hari kami luar biasa.
Harian Nafas kami telah berbeza, dihalang kain berlapis dua dan tiga.
Kau bebas menjangkiti kesana kemari, sedangkan kami terkurung rapi, merana diri.

Kami mungkin tidak tahu mengapa semua ini terjadi,
Bahkan kami tidak mengerti mengapa ujian ini yg tuhan beri.
Banyak manusia yg harapannya hancur hari ini.
Banyak jiwa yg masih memujuk diri untuk bangkit melawan hari.

Mungkin bumi ini terlalu lelah menahan perbuatan tangan² kami.
Bumi tampaknya seperti mahu berehat dari kekacauan manusia.
Dia seakan mahu kita merenung dan menoleh kebelakang.
Agar kita boleh melihat langkah kita yg sudah tersalah arah.

Hujan air mata, telah menganti senyum menjadi perhiasan dunia.
Awan tidak lagi meneduhkan, tapi seakan bersedih melimpahkan segala beban.
Doa telah kami panjatkan, namun jawapanya tidak lagi kelihatan.
Apakah tuhan tidak menjawab, atau aku yg buta tidak sabar menunggu pemberiannya ?

Kami tahu.. kami harus bangkit,
Kami tahu.. kami adalah pejuang.
Mungkin yg kau lihat tubuh kami semakin lemah dan layu dimakan waktu.
Tetapi banyak jiwa-jiwa kami yg masih kukuh tapaknya utk melangkah dan berjuang.
Kami mungkin telah jatuh, tapi kami tidak akan terus jatuh jika kami kekal bersatu.

Semoga Kau tidak menetap dan lekas pergi , Supaya bumi ini boleh tersenyum kembali.
Lekaslah sembuh dunia, banyak harapan yg sedang menunggu untuk menjadi nyata.
Kami percaya, 'Dia' yg mendatangkan ujian, pasti juga mendatangkan rahmat.

- Renotak -

Perjuangan Ramadhan



Puasa itu berjuang.
Ya, berjuang melawan diri sendiri. Berjuang menentang nafsu. Berjuang mengawal pancaindera.

Terlalu lemah, kamu akan kalah. Terlalu kuat, kamu akan lelah.
Terlalu gopoh, kamu akan rebah.

“ah dari kecil aku sudah biasa berpuasa, aku boleh menahan diri seperti biasa”.

Lantas dari kecil puasa kau itu kekal serupa ? Adakah puasa kau itu tidak bertambah manfaatnya dari tahun ke tahun ? Adakah cukup sekadar menahan masuknya sesuatu di rongga ? Cuba renungkan harian nafas kita.

Lidah kau mengeluarkan apa hari ini ? Mata kau melihat dan membaca apa hari ini ? Telinga kau itu mencari bunyi yg bagaimana ?Jari jemari kau menari di skrin atau di helaian kertas suci? Kaki kau menuju ke mana hari ini? Fikiran kau ke arah yg mana ?

Puasa itu ibarat berjuang melawan diri sendiri. Mampukah perjuangan kau hari ini mampu menandingi hari semalam ? Kau tahu perjuangan esok hari akan lebih kukuh dari hari ini.

Bagaimana dgn solat kita ? Masih ada yg lopong ? Andai tidak cukup, penuhkan. Andai selalu dihujung waktu, diawalkan.

Mantapkan puasa kita. Yg wajib usah diabaikan, yg sunat kita pertingkatkan. Tambahkan kebaikan, kurangkan kemungkaran.

Berjuanglah dgn keras. Musuh yg paling hebat adalah diri sendiri. tewaskan musuh kita.

- Renotak -