Sunday, 10 May 2020

Sayap yang Bertahan


Kepada, Kita.

Kita pasti pernah dipelawa seseorang utk terbang mencapai impian bersama.
Disusun impian tinggi di puncak sana, satu persatu. Segalanya kelihatan sempurna, tiada celanya.

Sehingga kita lupa, bahawa jatuh itu sebuah kepastian.

Terkadang kita tahu sejauh ini kita terbang, hakikatnya kita hanya begitu sedang dimainkan semesta. Tapi masih juga kita mahu bermain.

Dunia memang begitu, isinya dipenuhi manusia yg terlalu berlebihan dalam 'gurauan'.

Seperti bergurau hati ke hati namun kurang berhati-hati. Tolong jangan terlalu manis. Berlebihan dalam kemanisan boleh membawa mudarat hati. Hadir mu itu sudah cukup. Kadang manusia itu tidak terlalu manis, tetapi hati sendiri yg terlalu jauh berharap.

Tolong juga jangan membawa aku terbang terlalu tinggi, kerana risau aku jatuh sendirian. Jgn biarkan sayapku patah, kerana sakitnya sehari belum tentu setahun boleh menyembuhkan.

Manusia itu terlalu mudah dan sukar.
Mudah menyentuh tetapi sukar utk mengambil.
Mudah menatap kita, tetapi sukar menetap bersama.
Mudah menimbulkan rasa, tetapi sukar mengekalkan jiwa.
Mudah mencari teduhan, tetapi sukar memberi penghargaan.

Kita tidak tahu sejauh mana lagi mampu sayap ini bertahan. Telah banyak luka yg tertanam dek kerana angin impian yg terlalu kencang. Kita itu adalah kau dan aku. Kita harus bersedia utk jatuh dan terluka.

Ini kerana, seandainya kita meletakkan harapan kepada makhluk tetapi tidak bersedia utk disakiti, itu namanya bunuh diri.

Justeru itu, untuk kekal terbang dan bertahan. Harus ada redha tuhan utk menguatkan. Jgn sesekali meletakkan harapan itu melebihi pergantungan kita kepada tuhan.

Jika hampir patah dan mengalah, semaklah semula diri kita. Hujan berpohon, panas berasal.

-Renotak-

No comments:

Post a Comment