Sunday, 10 May 2020
Sayap yang Bertahan
Kepada, Kita.
Kita pasti pernah dipelawa seseorang utk terbang mencapai impian bersama.
Disusun impian tinggi di puncak sana, satu persatu. Segalanya kelihatan sempurna, tiada celanya.
Sehingga kita lupa, bahawa jatuh itu sebuah kepastian.
Terkadang kita tahu sejauh ini kita terbang, hakikatnya kita hanya begitu sedang dimainkan semesta. Tapi masih juga kita mahu bermain.
Dunia memang begitu, isinya dipenuhi manusia yg terlalu berlebihan dalam 'gurauan'.
Seperti bergurau hati ke hati namun kurang berhati-hati. Tolong jangan terlalu manis. Berlebihan dalam kemanisan boleh membawa mudarat hati. Hadir mu itu sudah cukup. Kadang manusia itu tidak terlalu manis, tetapi hati sendiri yg terlalu jauh berharap.
Tolong juga jangan membawa aku terbang terlalu tinggi, kerana risau aku jatuh sendirian. Jgn biarkan sayapku patah, kerana sakitnya sehari belum tentu setahun boleh menyembuhkan.
Manusia itu terlalu mudah dan sukar.
Mudah menyentuh tetapi sukar utk mengambil.
Mudah menatap kita, tetapi sukar menetap bersama.
Mudah menimbulkan rasa, tetapi sukar mengekalkan jiwa.
Mudah mencari teduhan, tetapi sukar memberi penghargaan.
Kita tidak tahu sejauh mana lagi mampu sayap ini bertahan. Telah banyak luka yg tertanam dek kerana angin impian yg terlalu kencang. Kita itu adalah kau dan aku. Kita harus bersedia utk jatuh dan terluka.
Ini kerana, seandainya kita meletakkan harapan kepada makhluk tetapi tidak bersedia utk disakiti, itu namanya bunuh diri.
Justeru itu, untuk kekal terbang dan bertahan. Harus ada redha tuhan utk menguatkan. Jgn sesekali meletakkan harapan itu melebihi pergantungan kita kepada tuhan.
Jika hampir patah dan mengalah, semaklah semula diri kita. Hujan berpohon, panas berasal.
-Renotak-
Friday, 1 May 2020
Mengenal Diri
Kata imam al-ghazali, “kunci kebahagiaan adalah kenali diri mu”.
Sejauh mana kita mengenal diri kita ? Ramai orang yg mahu mengenal jiwa yg lain tapi terlupa mendalami jiwanya sendiri. Kalau kamu sendiri tidak faham siapa dirimu ? Apa kemahuan dlm hidup mu ?, mustahil utk kamu mendapatkan bahagia.
Selera dirinya adalah menerokai laut, tetapi kerana ingin terlihat masyhur oleh orang lain dikatakan dia meminati langit. Akhirnya dia tidak menemukan kebahagiaan disitu. Bukan sekadar tidak mengenal diri, bahkan lebih parah apabila menipu diri sendiri. Kemahuan manusia itu tidak sama kerana setiap manusia itu berbeza jiwanya. Jgn meletakkan bahagia diri mu itu pada kebahagian orang lain. Tanya pada diri, “apakah erti kebahagiaan dalam hidup aku ini ?”
Usah mengikuti langkah orang lain utk memperoleh bahagia seperti org itu kerana bahagia manusia itu berbeza. Apa yg dimahukan tanah, tidak sama dengan apa yg dimahukan langit. Ya nafas kita mungkin sama, tapi saat dihembus nafas itu berbeza.
Kebahagiaan itu pilihan. Mengenal diri sendiri itu juga pilihan. Namun terlalu rugi jika sepanjang hayat mu kamu tidak mengenali diri mu, kamu menipu diri mu sendiri tambahan pula kamu meletakkan jiwa yg lain ke dalam diri mu. Jangan hidup di dalam cita-cita dan bahagia orang lain.
“Mengenali diri anda adalah permulaan segala kebijaksanaan” - Aristotle.
Berkenalan lah dgn diri mu. Bersihkan diri mu sebersih-bersihnya, hilangkan debu-debu orang lain dalam diri mu. Pasti akan ketemu apa yg dicari selama ini.
- Renotak -
Subscribe to:
Posts (Atom)