Apa khabar ramadan kita ? Dah beberapa hari ramadan ni bagaimana permulaan kita? Semoga ramadan kita dapat dilimpahi kebaikan. Banyak kebaikan yang boleh kita buat. Melakukan kebaikan tidak susah, memulakan jalan kebaikan itu yg sukar dan perlu tabah.
Sebagai contoh mengutip sampah. Nampak senang tapi bukan kepalang. Boleh jadi kita menjadi malu kerana org melihat kita mengutipnya dan boleh jadi juga kita menjadi 'malu' kerana tiada yg melihat kita mengutipnya.
Sehingga bukan sahaja melakukan kejahatan memerlukan keberanian, tetapi juga kebaikan. Malang.. kita tidak cukup berani utk perkara baik. Tetapi terlebih berani utk perkara buruk.
Teramat rugi utk ditahan sesuatu kebaikan kerana takut dengan tanggapan orang sekeliling. Kita mungkin diperlekeh dan diperli, mungkin juga dihina. Namun, kita tahu apa sebenar di dalam jiwa. Tidak perlu dicanang langit bumi utk disedari sesuatu kebaikan yg dilakukan.
Kebaikan itu suatu bahasa yg mana si buta boleh melihatnya, si tuli boleh mendengar. Ingin menyedari kebaikan tidak perlu penghargaan utk diketahui, Tidak perlu pula mata utk dilihat dan tidak perlu telinga utk didengar. Tetapi ia boleh dirasai dengan hati.
Jadikan ramadan ini permulaan untuk melakukan kebaikan dan mengajak orang sekeliling melakukannya. Tak perlu menunggu diri menjadi baik. Cara nak jadi baik adalah dgn mengajak org melakukan kebaikan. Jgn pula tunggu insan sekeliling menjadi baik, teladani mereka.
-renotak-