Monday, 12 August 2019

Dialog Persahabatan

Wan : knp kawan aku selalu datang dan pergi ?

Marzuqi : mungkin tempat berteduh yg kau sediakan dah bocor atapnya dan tiada lagi yg diinginkan.

Wan : Maksud kau ?

Marzuqi : kadang dalam persahabatan, kita ibarat tempat utk berteduh. Diberi lindung dan keperluan. Apabila dh tiada yg diperlukan pada tempat teduhan kau, knp perlu dia tunggu lagi ?

Riak wajah wan mulai berkerut. Separuh tidak mengerti, separuh pula tidak berpuas hati.

Marzuqi menambah : tapi itu hanyalah satu kemungkinan, banyak lagi kemungkinan lain.

Wan : contoh kemungkinan lain ?

Marzuqi : mungkin ada kelakuan kita yg salah dimatanya. Juga mungkin telah menguris hatinya.

Wan : kalau ada salah aku, knp tidak diberitahu saja ? Aku mungkin tak sedar salah aku.

Marzuqi : itu lah perbezaan jenis kawan. Ada kawan yg menerima dan memberi, ada pula yg menerima dan tidak lagi peduli.

Wan : sungguh aku kurang jelas dgn apa yg kau katakan.

Marzuqi : begini, ada kawan yg hanya tahu menerima tapi terlupa untuk memberi. Apabila kesusahan dan perlu tempat utk diadukan, kita akan dicari. Setelah kita beri nasihat dan merawat hati, lalu dia berlalu pergi. Ada pula kawan yg saling menasihati. Memberi nasihat dan menerima nasihat.

Wan mencelah : jadi apa kaitan kata-kata kau dgn kesalahan yg mungkin aku buat tadi.

Marzuqi : kalau dia betul adalah kawan sejati kau, dia akan memberitahu dan menegur apa silap kau. Bukan terus berlalu pergi dan mencari kawan yg lebih sempurna.

Wan : kau bercakap seperti mengerti dan biasa terjadi zuqi ?

Marzuqi : kawan datang dan pergi tu perkara biasa wan. Dalam berkawan atau bersahabat, jangan terlalu fikir apa kita boleh terima, tetapi renungkan apa yg boleh kita berikan. Kalau aku terlalu risau apa yg boleh aku dapat dari diorang, aku juga akan pergi dan tidak tetap hati. Sekarang aku dah tak kisah kalau kawan aku pergi. Tidak lagi aku peduli.

Wan : bukankah sikap kau itu seperti seorang kawan yg tidak menjaga persahabatannya ?

Marzuqi : seperti yg aku cakap tadi, kita kena fikir apa yg kita boleh beri. Bagi aku, aku dh beri apa yg termampu. Segala nasihat, teguran, dorongan dan bantuan telah aku berikan semampu diri ini. Perginya mereka adalah pilihan, dan pilihan itu bukanlah terletak pada diri aku. Mereka memilih utk pergi, apakah aku harus merayu menghinakan diri ?

Wan : sepertinya kau telah tawar hati dalam persahabatan, tak begitu ?

Marzuqi : tidak pernah tawar hati, sentiasa membuka payung utk menjadi tempat mereka berteduh, malah diluaskan lagi payungku. Tetapi apabila kau dh membuat keputusan utk menjadi tempat berteduh,.seharusnya kau bersedia dgn apa mendatang, bersedia dgn basahnya hujan dan teriknya panas.

Marzuqi menambah lagi “semua yg aku katakan hanyalah kemungkinan, org yg berhak menjawab soalan pertama kau tadi adalah kawan kau sendiri. Kau pon kena ingat. persahabatan itu, tidak terhapus oleh jarak berkilometer, tetapi dihapus oleh tempoh masa. Tiada yg kekal disisi melainkan Dia"

Marzuqi senyum dan berlalu pergi dari perbualan itu. Meninggalkan wan dgn penjelasan tetapi penuh tanda tanya.


- renotak -

Monday, 5 August 2019

Maltlamat yang Asing

Pernah suatu ketika dalam haluan. Aku pernah didatangi sebuah matlamat. Matlamat yg memberikan seribu ruang penghidupan di dalam hati. Terasa bangun tidur disapa hangat mentari melawan embun pagi. Terasa segenap ruang semakin melebar melawan sempitnya hari. Indah perjalanan diliputi pelangi yg mekar tumbuh.

Namun benar kata orang, semuanya kelihatan indah disaat sedang tumbuh. Kembali kepada hakikat alam, pelangi tidak akan kekal indah selamanya. Kian pudar bertarung masa. Kini matlamat itu tidak lagi menemani, tidak lagi merapati, tidak juga mencurigai, malah pergi membawa haluan sendiri.

Lalu yg tinggal pada haluan diri hanyalah matlamat yg telah menjadi asing. Tiada kenal hujung dan pangkal. Hanya mengikuti arus. Sederas arus, sederas itu juga aku bertahan. Tenangnya arus, tenang juga aku menghadapi.

Tidak pula menyalahkan sesiapa. Bersedia menerima apa tersedia. Lupakan segala rasa, maafkan segala sengketa. Lapangkan dada dan bertambah luas lah hati, bertambah datang juga lah bahagia pada jiwa.

Tanpa sedar ia mekar tumbuh, tanpa sedar juga ia layu meruntuh.

Friday, 26 July 2019

Perjuangan ?

Harian nafas kita adalah perjuangan. Patah hati adalah hal yang biasa.
Luka akan membuatmu dewasa. Kehilangan orang yg salah akan memandu diri kita pada orang yg lebih tepat.

Kehilangan bukanlah suatu hal yg selamanya buruk. Kesalahan dalam kehilangan adalah ketika kita masih tidak 'tahu diri' dan terus berjuang sedang tiada yg menghargai. Kita lena dalam celik.

Kita tidak disakiti. Tapi hanya menyakiti diri dengan harapan yg dibina sendiri. Kita tidak dijatuhkan. Tapi hanya tersadung dengan langkah kecewa sendiri. Kita tidak ditinggal pergi. Cuma merasa kehilangan tanpa pernah memiliki.

Bernafas dalam kenyataan. Kenyataan itu tidak menyakitkan. Kita hanya berasa pedih apabila kenyataan itu tidak mengikut laluan yg telah kita sediakan. Dimana laluan itu hanya dipenuhi pelangi fantasi dan terlalu tinggi. Apabila tersalah laluan dan jatuh ke tanah realiti, kita mula kehilangan diri. Menyalahkan takdir segala terjadi.

Kita terlupa, laluan yg sebenar yg patut kita ikuti adalah laluan yg telah disediakan tuhan. yakni Takdir. Usah merungut andai tersalah laluan, kerana itu adalah laluan takdir. Sebagaimana ada sinar setelah hujan, sebegitu juga ada hikmah disebalik ujian,

Perjuangan itu pengalaman. Kesempurnaan pengalaman terletak pada kesabaran. Mengajar kita yg sukar tidak selamanya sukar dan yg mudah tidak mudah sentiasa.

Dalam alam yg begini luas, terlalu rugi utk berduka.

Wednesday, 19 June 2019

Tiada Nama, tanpa jiwa

Aku tahu perasaan dicurigai sedang langkah kaki disusun berhati hati agar tidak melukai.
Aku tahu mata mu tidak terlihat kelibat ku padahal aku selalu ada.
Aku tahu tiada usaha yg bersinar dipandangamu sedang aku berusaha penuh berlencun baju.

Merasakan aku meninggalkan, tanpa kau sedar diri ini mengundur kebelakang sebentar bagi mengukuhkan langkah utk kehadapan. Dalam sunyi malam aku menyusun usaha, menghantar doa. Nama mu selalu ada.
Langkah yg diatur agar tidak rapuh memperjuangkan harapan.
Harapan yg kau tinggalkan telah menjadi pegangan agar langkah ini tidak goyah dan terus utuh berpanjangan.

Bodoh itu pilihan. Mendayung sampan tanpa tahu arah pelabuhan. Aku terlupa sememangnya manusia itu mudah lupa dgn kata kata sendiri.
Harapan itu diragut tanpa ragu. Kata-kata dahulu tidak lagi berlagu. Kau sulamkan tindakan mu itu dgn kata maaf dgn bersahaja. Meletakkan kedudukan maaf itu menjadi teramat rendah nilainya.

Bersinar kaca berkilau permata, terbuta mata keliru jiwa. Semoga berbahagia tanpa nama, tiada jiwa.

Friday, 10 May 2019

Permulaan Kebaikan


Apa khabar ramadan kita ? Dah beberapa hari ramadan ni bagaimana permulaan kita? Semoga ramadan kita dapat dilimpahi kebaikan. Banyak kebaikan yang boleh kita buat. Melakukan kebaikan tidak susah, memulakan jalan kebaikan itu yg sukar dan perlu tabah. 


Sebagai contoh mengutip sampah. Nampak senang tapi bukan kepalang. Boleh jadi kita menjadi malu kerana org melihat kita mengutipnya dan boleh jadi juga kita menjadi 'malu' kerana tiada yg melihat kita mengutipnya. 


Sehingga bukan sahaja melakukan kejahatan memerlukan keberanian, tetapi juga kebaikan. Malang.. kita tidak cukup berani utk perkara baik. Tetapi terlebih berani utk perkara buruk. 


Teramat rugi utk ditahan sesuatu kebaikan kerana takut dengan tanggapan orang sekeliling. Kita mungkin diperlekeh dan diperli, mungkin juga dihina. Namun, kita tahu apa sebenar di dalam jiwa. Tidak perlu dicanang langit bumi utk disedari sesuatu kebaikan yg dilakukan.


Kebaikan itu suatu bahasa yg mana si buta boleh melihatnya, si tuli boleh mendengar. Ingin menyedari kebaikan tidak perlu penghargaan utk diketahui, Tidak perlu pula mata utk dilihat dan tidak perlu telinga utk didengar. Tetapi ia boleh dirasai dengan hati.


Jadikan ramadan ini permulaan untuk melakukan kebaikan dan mengajak orang sekeliling melakukannya. Tak perlu menunggu diri menjadi baik. Cara nak jadi baik adalah dgn mengajak org melakukan kebaikan. Jgn pula tunggu insan sekeliling menjadi baik, teladani mereka.


-renotak-

Wednesday, 8 May 2019

Diari Baru


“Malu.. malu dengan bulan mulia, diri ini belum sempurna utk menemuinya”

Depakan tangan, sambutlah dengan ketenangan.Tidak usah kau segan silu kepada bulan yg mulia, bulan yg penuh rahmat dan keberkatan.


Ya sekarang, waktu yg benar sesuai utk kau dan aku merobek alam yg baru. Alam yg mewarnai diri dengan kebaikan. Kemudian kebaikan itu akan meresap dan menusuk ke dalam jiwa muda kita.


Benar, akan ada yg memperlekeh dan memperkecilkan usaha kau itu. “syaitan berubah menjadi malaikat sementara”, kata mereka. Ombak akan tetap memukul pantai, matahari akan tetap menyinar dipagi, begitu juga mulut manusia akan tetap 'berkata', meski apa pun yg kau laksana.


Terlalu rugi utk hidup dalam tanggapan orang lain, teruskan menapak walau setapak. Kata orang hasil yg sedikit itu lebih baiknya dari tiada apa. Jgn terlalu risau dgn apa yg mendatang. percayalah, kerja keras tidak akan mengkhianati hasil. Carilah diri yang baru pada detik yang penuh kerberkatan ini.


Biasanya sukar itu adalah permulaan, andai mulanya sudah berhasil maka teruslah kekal dilaluannya.Seluas mana pintu hayat belum lagi dikatup, seluas itu juga peluang kita utk 'berjaya'. Tulislah cerita baru pada diari yg baru, gunakan juga pena yg baru.


- renotak -


Monday, 11 March 2019

Tuduhan Skeptis

Setiap tuduhan yg berlaku disekeliling kita selalunya disebabkan oleh rasa skeptis atau curiga yg membanjiri hati dan membasahi emosi. Manusia terlalu mengharapkan emosi dan menutup ruang utk mendapatkan solusi bagi membina tembok konklusi.


Pada sesuatu situasi, manusia selalu percaya apa yg mereka perhatikan dan merasakan itu ialah keadaan yg sebenar-benarnya yg terjadi. Tapi mereka jarang utk mendalami dan menyelami setiap ruang yg ada dalam situasi, kerana pada setiap ruang tersebut tertanam segala sebab dan munasab berlakunya sesuatu perkara utk kita cari gali bagi mendapatkan solusi sebelum membuat konklusi yg jitu.


Sangatlah rugi jika tuduhan atau keputusan yg kita lakukan itu tidak didalami sepenuh hati dan tersalah langkah. Gusar nanti terkena pada pepatah lama “sudah terhantuk baru terngadah”, menyesal diri tiadalah sudah. Kita terlalu melayankan emosi sehingga berfikir secara berlebihan dan kadang berfikir terlalu singkat.


Rasa curiga itu perlu utk menjadikan diri kita sentiasa berwaspada dengan setiap tapak dan langkah yg diambil. Cuma rasa curiga yg berlebihan boleh menyebabkan kaki kita tidaklah bergerak maju atau mundur bahkan menyebabkan kejang dan tersungkur jatuh dengan sendiri disebabkan curiga sendiri.


Jgn dijadikan dunia yg begitu luas ini berasa teramatlah sempit dgn kecurigaan yg melampau. Usahlah mencalarkan keindahan dunia dgn kecurigaan kamu yg terlalu tumpul. Senyum dan terus berjalan di atas bumi yg luas, kerana disana masih terletak banyak kebahagiaan disebalik kecurigaan.


“peribadi yg kuat, tidak lekas tergoncang” - Hamka