Tuesday, 10 November 2020

Jiwa yang Mencuba


Kepada Jiwa-jiwa yg sedang mecuba,

Banyak yg telah kita lalui. Sampai suatu masa. Akan ada suatu rasa yg membuat kita penat seakan mahu berputus asa.

Ya, penat.

Penat utk mencapai matlamat. Penat dalam memenuhi kalimat. Penat hingga merasa ralat. 

Sejauh apa pon kita, berehat lah andai sudah merasakan tidak kuat. Agar parah diri tidak bertambah melarat. 

Benar dunia bukan tempat utk beristirahat. Tetapi berehat bukan bermakna tamat. Tidak menjadi sebuah kesalahan untuk bersedih. Menangis lah melepaskan beban mu. Berhenti lah sebentar agar fikiran tidak bertambah liar. Ambil nafas mu secukupnya, puaskan kewajipan mu semahunya dan tetapkan kembali jiwa mu yg baru dengan mengikut ketetapanNya.

Kemudian berjalan lah kembali menikmati hari demi hari. Hidup ini terlalu rugi utk berasa sepi. Tegak lah kembali mencari identiti diri. Usah dikejar apa kemahuan jiwa yg lain. Apa mahu mu, itulah tuju mu. Andai Lihat dunia dgn iri, diri mu akan selamanya rugi. Lihat dunia dgn kaca mata yg lebih luas, menyelami sedalam lautan hindi, secerah matahari, seluas fantasi. Lalu kau akan temui apa yg selama ini yg kau tercari-cari.

Tiada lah salahnya utk berduka, namun jgn smpai merana jiwa. Berpada-pada dalam melayan rasa. Andai kamu mencari sempurna, cari lah pada sederhana. Kerana sederhana itulah sempurnanya jiwa.

Beban ujian kita mungkin berbeza, namun terletak pada berat yg sama. Percayalah pada adil nya yg maha Esa.


Dalam mencari ada yg rugi,

Dalam berharap ada yg meratap,

Dalam gembira ada yg berduka,

Dalam menjadi hamba, ada Pencipta yg tahu segalanya.


Hidup ini bukan hanya tentang mengejar hasil, tetapi nikmatilah sepanjang proses memperoleh hasil.

Besarkan jiwa. Semoga terus kuat ya.


- Renotak -