Harian nafas kita adalah perjuangan. Patah hati adalah hal yang biasa.
Luka akan membuatmu dewasa. Kehilangan orang yg salah akan memandu diri kita pada orang yg lebih tepat.
Kehilangan bukanlah suatu hal yg selamanya buruk. Kesalahan dalam kehilangan adalah ketika kita masih tidak 'tahu diri' dan terus berjuang sedang tiada yg menghargai. Kita lena dalam celik.
Kita tidak disakiti. Tapi hanya menyakiti diri dengan harapan yg dibina sendiri. Kita tidak dijatuhkan. Tapi hanya tersadung dengan langkah kecewa sendiri. Kita tidak ditinggal pergi. Cuma merasa kehilangan tanpa pernah memiliki.
Bernafas dalam kenyataan. Kenyataan itu tidak menyakitkan. Kita hanya berasa pedih apabila kenyataan itu tidak mengikut laluan yg telah kita sediakan. Dimana laluan itu hanya dipenuhi pelangi fantasi dan terlalu tinggi. Apabila tersalah laluan dan jatuh ke tanah realiti, kita mula kehilangan diri. Menyalahkan takdir segala terjadi.
Kita terlupa, laluan yg sebenar yg patut kita ikuti adalah laluan yg telah disediakan tuhan. yakni Takdir. Usah merungut andai tersalah laluan, kerana itu adalah laluan takdir. Sebagaimana ada sinar setelah hujan, sebegitu juga ada hikmah disebalik ujian,
Perjuangan itu pengalaman. Kesempurnaan pengalaman terletak pada kesabaran. Mengajar kita yg sukar tidak selamanya sukar dan yg mudah tidak mudah sentiasa.
Dalam alam yg begini luas, terlalu rugi utk berduka.