Monday, 22 May 2017

Keluhan Politikus

Semalam hari ahad, mcm biasa la kalau hujung minggu ada ja orang nk buat kenduri. Lepastu ada la geng pakcik-pakcik duk bersembang. Aku mcm biasa suka la pasang telinga nk dengar apa yg depa sembang. “Sekarang ni semua benda mahal, minyak, gula, beras. Aku tak tau apa nk jadi dengan negara kita ni” kata seorang pakcik sambil sedang menyucuh api pada sebatang rokok dunhill. Aku rasa dunhill merah kot. Main teka ja, aku mana hisap rokok.
Ya, itu keluhan yang biasa kita dengar sekarang. Di surau, kedai kopi, office mahupun di media sosial. Memang ramai yang tertekan dengan keadaan ekonomi kita sekarang, sampai aku yang student ni pon rasa la jugak. Tapi, apa tindakan kita terhadap keadaan ekonomi sekarang ? adakah sekadar mengeluh sambil membuang masa di kedai kopi ? Hang dh jatuh pastu ditimpa tangga, kemudian hang biar ja tangga tu tak beralih pon.
Jadi aku terfikir kalau satu masalah datang, dan kita sibuk bertelagah dan bertengkar. Adakah masalah akan selesai ? ya kita lebih banyak mencari masalah pihak lawan. Pihak sana tuduh pihak ni, pihak ni duk tuduh pihak sana. Tapi kedua-dua pihak ni tak pernah nak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Sebab apa ? depa hanya ingin memperolehi kuasa untuk diri, bukan untuk rakyat. Tambah pulak sekarang ni bukan 2 pihak ja, sekarang dah pecah jadi 3 pulak dah. Lagi la haru biru.

Bila jadi kemelut ekonomi akan ada beberapai jenis insan :
1. suruh orang lain duduk diam dan bersyukur dengan apa yang terjadi
2. Mengeluh dan terus mengeluh tanpa berbuat apa-apa.
3. Kerap mengkritik dan mengkeji tanpa memberi idea.
4. tak ambil tahu apa-apa (yg ni jenis blur gila).

Ya, apabila terjadi satu masalah akan ada segelintir pihak yang berdebat. Tapi adakah debat ini mengeluarkan hujah-hujah untuk mencari penyelesaian. Atau adakah hujah tersebut dibicarakan untuk menjatuhkan pihak lawan dan berbangga dengan kemenangan hujah tersebut ? berdebatlah untuk membina, bukan menghina.

Yang di atas terus bergaduh, yang di bawah terus mengeluh.

“Benar politik itu tidak kotor, Cuma penghujahan sihat jarang berlaku, seringkali sesuatu isu dicemari dengan sentimen parti, peribadi, malah emosi.” – matluthfi90

Friday, 12 May 2017

PENDAPAT

Pendapat bermaksud pandangan atau cadangan terhadap sesuatu perkara bagi tujuan menambah baik atau memperbaiki lopong-lopong kelemahan akan sesuatu perkara. Ini bertujuan untuk membolehkan sesuatu perkara yang positif dapat dicapai.

Menurut masyarakat kita, pendapat terbahagi kepada dua :

1. Pendapat Baik

pendapat yang baik ialah pendapat yang boleh meningkatkan, membaiki, menambah baik sesuatu perkara. Lebih ke arah positif.

kalau dari segi maksud kedai kopi nya macam sesuatu ayat lisan atau bertulis yang enak di dengar oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan tertentu.

2. Pendapat Buruk

pendapat yang tidak dapat membantu untuk menambah baik sesuatu perkara. Mungkin lebih ke arah yang negatif. 

kalau kita dengar pon mungkin buat sakit hati atau lebih rela tak nak dengar.



Demikian di atas adalah pendapat yang di takrifkan dan dilabelkan oleh sesetengah pihak.
Namun aku sendiri mempunyai takrifan yang berbeza tentang pendapat.

Pertama. 
Bagi aku tidak lah wujud pendapat baik mahupun pendapat buruk. Yang hanya wujud hanyalah PENDAPAT. berbalik kepada definisi pada awal penulisan ini tadi, '..pandangan atau cadangan terhadap sesuatu perkara bagi menambah baik..' . Boleh kita lihat di sini, sudah jelas bahawa pendapat sesuatu ayat yang dilafazkan bagi tujuan kebaikan dan buku tujuan untuk memburuk-burukkan. 

   Kalau pendapat adalah tujuan untuk memburukkan ia lebih sesuai dilabel sebagai kejian, kutukan, hinaan dan sebagainya. 

Kedua. ye mungkin sesuatu pendapat itu di anggap buruk oleh masyarakat barangkali dek kerana 2 faktor :

i. Kepentingan

- Pendapat yang berbeza atau melawan arus dengan kepentingan sesuatu pihak/perkara akan dianggap buruk. Sudah tentu setengah pihak amat mementingkan kepentingan mereka terhadap sesuatu perkara meski pun ia adalah cadangan yang positif, namun jika pendapat itu tidak menguntungkan mereka, ia tetap digelar sebagai pendapat yang buruk.

ii. Keadaan

- Pendapat yang diberikan tu mungkin terbaik, tapi jika ia bergeseran dengan keadaan semasa ia akan dianggap tidak sesuai dan dianggap pendapat buruk. 
Dan juga pendapat itu sudah baik dan sesuai dengan keadaan, namun terdapat pendapat-pendapat lain yang belih baik dari pendapat tersebut


Jika masyarakat terus melabel sesuatu pendapat sebagai pendapat baik dan pendapat buruk,  tidak hairan lah mengapa masyarakat kita sering bertelagah dan bertikam lidah apabila berbicara tentang sesuatu perkara sama ada dari segi politik, agama, sosial, ekonomi. 
Berlapang dada lah untuk menerima pendapat pihak-pihak yang lain. Lihat lah pada pendapat yang kuat hujah, fakta, dan sandaran nya. Bukan hanya pada penyampaian nya yang menarik tetapi isi yang kosong.


Kita semua berhak memberi pendapat...