Friday, 27 October 2017

Kebencian Nihil

Assalamualaikum.

Membenci merupakan satu perkara semulajadi dalam diri manusia, tipu lah kalau tiada langsung perasaan benci dalam diri walau senipis kulit bawang. Kebenciaan adalah perkara yang baik jika kita tahu apa yang patut dibenci. Namun, kebanyakan kebencian yang berlaku sekarang ini hanya dibaluti oleh sentimen agama, bangsa, kelompok.

Apabila berlakunya kes pemandu mabuk,
“tu mesti org india la tu, mabuk arak je tau!”

Apabila berlakunya kes penipuan perniagaan,
“haa.. cina la tu. Dasar penipu !”

Apabila kes ponteng kerja,
“kaum Bumiputera la tuh. Mereka mmg pemalas!"

Apakah sebenarnya yg kita bencikan ? Individu ? Bangsa ? Agama ? Kelompok ?

Tidak wajarlah untuk kita membenci kepada agama dan bangsa diatas kesalahan yang dilakukan itu oleh seorang individu atau pihak. Apa yang patut kita benci apabila terjadi sesuatu perkara ialah sifat atau dasar individu/pihak yang melakukan kesalahan tersebut.

Apabila seorang individu menimbulkan isu perkauman, hendaklah kita benci sifat perkauman pada diri dia. Bukannya kita membenci kaum/bangsa individu tersebut. Sifat membenci itu perlu, tapi hendaklah dibaluti dengan pemikiran yang lebih meluas dan berilmu.

Sama juga lah keadaannya apabila seseorang itu melakukan maksiat atau perkara yang mungkar. Apa yang perlu kita benci adalah dosa kemungkaran itu. Bukan orang yg melakukannya. Apa yang ingin kita tentang adalah sifatnya.

Biarlah jelas apa yang kita benci atau tentang, tak kiralah sama ada dari segi politik, perkauman mahupun agama. Isu-isu perkauman pada hari ini sedang membuak-buak, hanya menanti untuk meletus. Bersama-sama kita Cegah sebelum terlambat.

Masyarakat sedang tenat.

-renotak-

Tuesday, 3 October 2017

Bahagia

Assalamualaikum.

Pernah suatu ketika tedetik dibenak hati aku, "adakah aku bahagia ?" . Kemudian secara spontan hati ku bertanya lagi, "bahagia yg bagaimana aku mahukan ?". Terus bertubi tubi persoalan timbul dalam diri.

Aku terbayang, bahagia itu ialah dengan kekayaan, kepandaian, kejayaan. Teringat kata-kata seorang ahli falsafah, "corak bahagia itu berlain-lain dan berbagai ragam menurut kelainan corak dan ragam org yg mencarinya". Ini bermakna kebahagian itu bergantung kepada apa yg dimahukan oleh individu terbabit. Sesuatu bahagia yg kita mahukan, belum tentu bahagia yg dimahukan orang lain. Seorang yg tidak mampu berlari, melihat kemampuan berlari itu sebagai suatu perkara yang bahagia. Namun seorang yang berkerusi roda, melihat berjalan itu sebagai nikmat bahagia.

Namun, jarang kita menghargai bahagia. Kadang kala, bahagia ada di tangan kita, tapi kita cari di tangan orang lain kerana di tangan orang lain itu kelihatan indah. Segala di dalam dunia ini indahnya sebelum ada di tangan. Menghargai bahagia sama seperti menghargai sesuatu barang. Segala barang sama saja harganya, yg berbeza bukan barang itu, tapi penghargaan manusia ke atasnya. Hargai lah bahagia yg kita sedang nikmati sekarang.

Tapi, bahagia ni kena selalu diperbaharui dan dikejar jugak. Jangan la kau kekal dalam keadaan yg sama dan kau kata "aku sedang menghargai kebahagiaan yg aku peroleh". Bahagia perlu sentiasa dikejar dan diperbaharui. Mencari bahagia haruslah tidak mudah putus asa, mesti berani, kuat dan jangan mudah menyerah diri kepada sengsara.

Ada orang tidak mengejar bahagia, hanya mendengar bahagia dari mulut orang. Duduk dengan orang bahagia, tetapi dia jauh dari bahagia. Mungkin dia kata "aku bahagia dengar orang lain bahagia". Tapi tu hanya alasan jela untuk orang pemalas nak kejar dan perbaharui bahagia. Mcm kau lah ! Haha.

Jadi kejar lah kebahagian yg mutlak, bahagia dunia dan akhirat. Sentiasa berfikir untuk mendapat bahagia. Bertambah luas akal, bertambah luas lah hidup, bertambah datanglah bahagia.

Monday, 18 September 2017

Nafas Kecewa

Assalamualaikum.

Manusia ada beberapa sifat emosi yg terbina secara semulajadi. Sama ada emosi positif atau negatif seperti gembira, sedih, kecewa, terharu, marah, ketawa.

Kecewa adalah salah satu perkara yg apabila berlaku kau akan rasa down dan lemah. Dalam seminggu berapa kali kau kecewa. Kekecewaan berlaku apabila sesuatu harapan yg menggunung tinggi jatuh ke atas tanah realiti. Lebih pedih apabila harapan tu jatuh kena muka kau dulu sebelum jatuh ke tanah.

Setiap perkara berlaku pastinya bersebab. Begitu juga dengan kekecewaan. Kecewa yg terjadi antara individu kepada individu, individu kepada objek, haiwan atau kecewa terhadap sesuatu perkara. Kecewa juga wujud disebabkan perkara buruk atau perkara yg kau tak suka menimpa diri kau. Dan kau akan lebih kecewa bila kau tak jangka pon benda buruk tu akan melanda diri kau. Contoh, individu yg kau tk percaya sgt pon kat dia mengkhianati kau, kau akan kecewa. Tetapi apabila individu yg kau memang percaya dan baik dgn kau telah mengkhianati kau, kau akan lebih kecewa daripada situasi pertama tadi

Namun, jangalah kau layan sgt kekecewaan tu. Takut terjadi perkara² yg lebih buruk seperti dendam, kemurungan dan lebih parah lagi sehingga ke tahap bunuh diri. Kekecewaan perlu dikelilingi dengan kesabaran, bukan diiringi dengan hawa nafsu. Kawal kekecewaan yg terjadi dlm diri kau, sebelum kekecewaan tu mengawal dan merosakkan diri kau.

- MFK -

Friday, 25 August 2017

Masalah

Assalamualaikum. Lama tk menulis.

Hari tu aku ada masalah, yg membuat kan sel sel otak aku tk berhubung. Bukan sahaja tak berhubung, malah bersimpul. Yg mana boleh buatkan aku melakukan benda² yg di luar kawalan. Aku rasa serabut, rasa nk marah orang sekeliling, rasa lapar, rasa tk beriman, teringat dosa lalu(ok yg ni bagus), rasa tk terurus. Tapi bila difikirkan semula, aku sedar tentang sikap manusia terhadap masalah.

Pertama, apabila seseorang individu tu mempunyai masalah yg membuatkan fikiran nya serabut dan bercelaru. Mulalah fikirannya membayangkan benda² atau perkara yg buruk yg mungkin berlaku sehingga diri merasa tersangat lah takut akan masalah itu dan mula menjauhi masalah tersebut.

Kedua, sikap cuba menyalahkan individu lain di atas kesalahan diri sendiri. Manusia akan sedaya upaya memerah keringat otak nya(yg mungkin juga dipengaruhi oleh syaiton nirrojim) utk mengeluarkan hujah² yg tidak boleh diterima dek akal bagi menyalahkan orang lain di atas masalah yg ditimbulkan oleh dirinya sendiri. Kerana manusia jarang untuk menuding jari terhadap diri sendiri dulu sebelom menunjuk jari itu kepada orang lain.

Emm yg keberapa dh, tk ingat pulak. Haaa kebiasaan bagi setiap manusia, apabila sudah merasa takut akan masalah nya sendiri.. mula lah dia mencari sang pencipta bagi memohon pertolongan untuk menyelesaikan masalah nya. Sedang dia terlupa, masalah itu diberikan oleh pencipta nya sendiri bagi menguji diri nya. Memang bagus utk berdoa, tetapi haruslah didahului dengan usaha. 'Kita ingat tuhan, tuhan ingat kita'

Ya benar, setiap manusia mempunyai masalah, tidak kira lah besar atau kecil sesuatu masalah tersebut. Tetapi, usahlah kita pasakkan sifat takut di dalam hati untuk berdepan masalah yg timbul, juga mungkin ditimbulkan oleh diri kita sendiri. Masalah ni seperti wabak, harus lah dicegah dan diubati. Lagi dibiar lagi melarat. 'Hapuskan masalah kamu harini, atau masalah itu akan menghapuskan kamu di kemudian hari'.

Tak usahlah kita menyalahkan mana² individu dan membuang masa untuk bertengkar dgn mereka. Sesungguhnya itu tidak akan menyelesaikan masalah kau. Orang tu tak kisah pon pasal kau, selesaikan la masalah kau sendiri. Tak perlu untuk babitkan individu lain.

Dan yg paling penting, jangan la sengaja mencari masalah. Usah biar masalah datang bergolek, kalau boleh letak la penghadang supaya masalah susah nk sampai dkt hang.

"Beat your problem today and move forward”
Senyum sikit... 😉

-MFK-

Thursday, 3 August 2017

Deduksi Pendapat

Pendapat perlu dihormati. Begitu juga dgn pendirian diri. Jaga lah sensitiviti kepercayaan org lain, tk kira dari segi agama, politik atau kaum. Hormat juga pendirian org lain.

Yg sana hentam yg sini, yg sini hentam yg sana. Apa yg kita cari ? 'Kebenaran' atau kebanggaan diri ?  Hanya mengukuhkan pasak ego di dalam hati ?

Jauh kan isu yg boleh mencetuskan perbalahan, tk kira dari aspek penulisan, gambar, video atau percakapan. Ya, perbahasan itu perlu. Namun, berbahas la dgn hujah yg matang, bukan dgn hujah lopong dan kontang yg dicemari dgn isu peribadi, malah emosi.

*Tiada kena mengena dgn yg hidup dan yg mati*
#taktahuapa
#cakapkosong
#hashtagsekadarikutorg
#tiadapendirian
#renovasiotak

Monday, 22 May 2017

Keluhan Politikus

Semalam hari ahad, mcm biasa la kalau hujung minggu ada ja orang nk buat kenduri. Lepastu ada la geng pakcik-pakcik duk bersembang. Aku mcm biasa suka la pasang telinga nk dengar apa yg depa sembang. “Sekarang ni semua benda mahal, minyak, gula, beras. Aku tak tau apa nk jadi dengan negara kita ni” kata seorang pakcik sambil sedang menyucuh api pada sebatang rokok dunhill. Aku rasa dunhill merah kot. Main teka ja, aku mana hisap rokok.
Ya, itu keluhan yang biasa kita dengar sekarang. Di surau, kedai kopi, office mahupun di media sosial. Memang ramai yang tertekan dengan keadaan ekonomi kita sekarang, sampai aku yang student ni pon rasa la jugak. Tapi, apa tindakan kita terhadap keadaan ekonomi sekarang ? adakah sekadar mengeluh sambil membuang masa di kedai kopi ? Hang dh jatuh pastu ditimpa tangga, kemudian hang biar ja tangga tu tak beralih pon.
Jadi aku terfikir kalau satu masalah datang, dan kita sibuk bertelagah dan bertengkar. Adakah masalah akan selesai ? ya kita lebih banyak mencari masalah pihak lawan. Pihak sana tuduh pihak ni, pihak ni duk tuduh pihak sana. Tapi kedua-dua pihak ni tak pernah nak duduk berbincang untuk menyelesaikan masalah. Sebab apa ? depa hanya ingin memperolehi kuasa untuk diri, bukan untuk rakyat. Tambah pulak sekarang ni bukan 2 pihak ja, sekarang dah pecah jadi 3 pulak dah. Lagi la haru biru.

Bila jadi kemelut ekonomi akan ada beberapai jenis insan :
1. suruh orang lain duduk diam dan bersyukur dengan apa yang terjadi
2. Mengeluh dan terus mengeluh tanpa berbuat apa-apa.
3. Kerap mengkritik dan mengkeji tanpa memberi idea.
4. tak ambil tahu apa-apa (yg ni jenis blur gila).

Ya, apabila terjadi satu masalah akan ada segelintir pihak yang berdebat. Tapi adakah debat ini mengeluarkan hujah-hujah untuk mencari penyelesaian. Atau adakah hujah tersebut dibicarakan untuk menjatuhkan pihak lawan dan berbangga dengan kemenangan hujah tersebut ? berdebatlah untuk membina, bukan menghina.

Yang di atas terus bergaduh, yang di bawah terus mengeluh.

“Benar politik itu tidak kotor, Cuma penghujahan sihat jarang berlaku, seringkali sesuatu isu dicemari dengan sentimen parti, peribadi, malah emosi.” – matluthfi90

Friday, 12 May 2017

PENDAPAT

Pendapat bermaksud pandangan atau cadangan terhadap sesuatu perkara bagi tujuan menambah baik atau memperbaiki lopong-lopong kelemahan akan sesuatu perkara. Ini bertujuan untuk membolehkan sesuatu perkara yang positif dapat dicapai.

Menurut masyarakat kita, pendapat terbahagi kepada dua :

1. Pendapat Baik

pendapat yang baik ialah pendapat yang boleh meningkatkan, membaiki, menambah baik sesuatu perkara. Lebih ke arah positif.

kalau dari segi maksud kedai kopi nya macam sesuatu ayat lisan atau bertulis yang enak di dengar oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan tertentu.

2. Pendapat Buruk

pendapat yang tidak dapat membantu untuk menambah baik sesuatu perkara. Mungkin lebih ke arah yang negatif. 

kalau kita dengar pon mungkin buat sakit hati atau lebih rela tak nak dengar.



Demikian di atas adalah pendapat yang di takrifkan dan dilabelkan oleh sesetengah pihak.
Namun aku sendiri mempunyai takrifan yang berbeza tentang pendapat.

Pertama. 
Bagi aku tidak lah wujud pendapat baik mahupun pendapat buruk. Yang hanya wujud hanyalah PENDAPAT. berbalik kepada definisi pada awal penulisan ini tadi, '..pandangan atau cadangan terhadap sesuatu perkara bagi menambah baik..' . Boleh kita lihat di sini, sudah jelas bahawa pendapat sesuatu ayat yang dilafazkan bagi tujuan kebaikan dan buku tujuan untuk memburuk-burukkan. 

   Kalau pendapat adalah tujuan untuk memburukkan ia lebih sesuai dilabel sebagai kejian, kutukan, hinaan dan sebagainya. 

Kedua. ye mungkin sesuatu pendapat itu di anggap buruk oleh masyarakat barangkali dek kerana 2 faktor :

i. Kepentingan

- Pendapat yang berbeza atau melawan arus dengan kepentingan sesuatu pihak/perkara akan dianggap buruk. Sudah tentu setengah pihak amat mementingkan kepentingan mereka terhadap sesuatu perkara meski pun ia adalah cadangan yang positif, namun jika pendapat itu tidak menguntungkan mereka, ia tetap digelar sebagai pendapat yang buruk.

ii. Keadaan

- Pendapat yang diberikan tu mungkin terbaik, tapi jika ia bergeseran dengan keadaan semasa ia akan dianggap tidak sesuai dan dianggap pendapat buruk. 
Dan juga pendapat itu sudah baik dan sesuai dengan keadaan, namun terdapat pendapat-pendapat lain yang belih baik dari pendapat tersebut


Jika masyarakat terus melabel sesuatu pendapat sebagai pendapat baik dan pendapat buruk,  tidak hairan lah mengapa masyarakat kita sering bertelagah dan bertikam lidah apabila berbicara tentang sesuatu perkara sama ada dari segi politik, agama, sosial, ekonomi. 
Berlapang dada lah untuk menerima pendapat pihak-pihak yang lain. Lihat lah pada pendapat yang kuat hujah, fakta, dan sandaran nya. Bukan hanya pada penyampaian nya yang menarik tetapi isi yang kosong.


Kita semua berhak memberi pendapat...